Friday, September 5, 2008

Peringkat Keimanan

Ada pun iman itu terbahagi kepada 4 bahagian;
1.Iman yg keadaan nya yg turun dan naik ini berada kepada para malaikat dan para jin.
2.Iman yg keadaan nya yg menaik saja dan tidak turun2 ini berada kepada para anbia2.
3.Iman yg keadaan nya yg tidak turun dan tidak naik ini berada pada para malaikat.
4.Iman yg keadaan nya yg tidak naik tertapi terus menurun,ini berada pada orang2 yg fasik

Hal keadaan nya;
1.Ada pun iman yg turun dan naik itu berada pada manusia dan jin kerna para golongan ini lah yg banyak menghadapi cabaran kehidupan,lantas apabila dia banyak mengerjakan apa yg diperintah TUHAN maka iman nya akan menaik dan apabila dia banyak meningggalkan perintah TUHAN maka iman nya akan menurun.

2.Ada pun iman yg menaik saja berada pada para nabi dan anbia kerna golongan ini lah yg banyak menhadapi cabaran dan dugaan demi memperjuangkan kebenaran ALLAH.Mereka ini dikelilingi oleh bermacam2 permasaalahan.

3.Ada pun iman yg tidak turun dan tidak naik ini berada pada para malaikat,kerna mereka dijadikan ALLAH hanya untuk taat saja kepada ALLAH.

4.Ada pun iman yg semakin turun dan tidak naik in hanya berada pada para orang muslim yg fasik,mereka ini lah yg dulu nya beriman kemudian mereka ini lah golongan yg meruntuhkan agama.

Benteng yg utuh

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Thursday, September 4, 2008

Mencari Shorga yang hilang

Apa kah ertinya CINTA,,,KASEH,,,dan SAYANG
Dari mana kah terbit nya semua ini?,,,,ia nya ada kene mengena dgn hati dan perasaan dan lantas membentuk keperibadian seseorang.
Sepatah kata ahli bijak pandai "Love is the greates power of all"
Kehidupan memerlukan ini semua,,,apa pun rupa bentuk kejadian sama ada alam Insan,alam Haiwan,mahu pun alam tumbuh tumbuhan,
tanpa sentuhan ini tidak akan wujud apa yg ada di dunia sekarang ini,,,
tanpa nya dunia tak akan aman,,,walau pun harta tiggi mengunung,,,

Cinta sejati itu ibarat sang suria yg gagah,menyinarkan cahaya nya dan dengan cahaya itu maka hidup lah dan terang lah dunia ini dan sang suria tidak pernah meminta dibalas atas jasa nya yg besar itu,,,bagitu lah cinta sejati,,,yg tidak akan padam selagi hayat dikandung badan.
Pada mereka yg bodoh dalam membuat penilaian akan melacurkan,memperalatkan semuanya ini untuk kepentingan yg sementara,lantas akan mengheret pengamal nya kedalam lembah yg hina dan sangat dikutuk ALLAH,,,awas lah wahai teman.

Pada mereka yg menghayati semua ini akan mencapai kebahagian dunia dan akhirat,,,ini lah yg dikatakan kehidupan sempurna.
Dunia akan menjadi aman,,,jiran tetangga akan menjadi rapat,,,
Hidup akan menjadi lebih sempurna,,,
Dimana kah sumber untuk mencari CINTA,,,KASEH dan SAYANG ini?
Ia tersimpan didalam senaskah kitab tua,,,,yg bernama Al-Quran,,,
Pengamal terbaik kitab ini ada lah Baginda Rasulallah,,,
Baginda telah membuktikan kebenaran kitab ini dan ayuh lah kita contohi beliau.
Perhatikan lah sejarah hidup Baginda,,,dari seorang miskin lagi piatu sehingga menjadi seorang pemerintah terbilang,,,
Yakin lah CINTA,,,KASEH dan SAYANG yg di ajarkan Baginda Rasul ini akan berterusan sehingga akhir zaman.
Dan ini sudah pun diperakui oleh seluruh golongan interlektual dunia mahu pun dibarat atau pun ditimur.

Monday, September 1, 2008

Kaseh yang Hilang

Pada 1500 tahun yg lampau,,,ditengah2 gurun padang pasir arab lahir lah seorang hamba allah yg bertungkus lumus memperjuangkan kebaikan,kemulian,ketaatan,tata susila kehidupan,mendirikan yang hak dan menafikan yang bathil,Beliau tidak mengira siang atau malam,,,berjuang terus berjuang menegakkan apa yang di perintahkan terhadap nya,,,beliau juga tidak menggambil sebarang upah atas kerja2 yang beliau jalankan.
Maka tertegak lah Ugama Islam hari ini,,,sehinggakan di akhir hayat nya pun Baginda terus bertanyakan kepada JIbril akan hal keadaan umat nya nanti setelah dia tiada lagi untuk memimpin.
Bagitu lah kaseh nya Beliau terhadap umat2 nya,,,
Tapi ada kah kita ini sebagai umat nya boleh berkorban sebagaimana beliau berkorban terhadap kita,,,??? pernah kah kita memikirkan hal yang semacam ini?
Kalau di lihat keadaan pada hari ini,,,sedih rasa nya bila terkenangkan penat lelah Baginda membentok ummat,,,tapi ummat hari ini langsung tidak ambil peduli,,,hilang sudah kaseh sayang,,,menitis lah air mata suci baginda bila melihat akan hal keadaan sekarang ini.

Ayuh,,,wahai teman bangkit lah untuk berjuang membentuk ummah seperti mana yang sewajar nya mengikut acuan yg telah di bentuk oleh baginda.Bahagiakan lah hati nya,,,ucapkan salawat dan salam terhadap nya.




Khasiat Berpuasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut." Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Erra Dajjal

Tahu kah kita,,,?Apa yang sedang menyerang ummat manusia dizaman ini,,,?
Tahu kah anda siapa itu Dajjal,,,?
Apa kah kita pernah tanya anak2 kita siapa kah dajjal itu?
Pernah kah kita memperkenalkan dajjal itu pada anak2 kita?
Ada kah anak2 kita kenal akan musuh No.1 ugama ini?
Mungkin anak2 kita lebih mengenali "Superman,,,Ultraman,,,Batman,,,Kluangman,,,Chichakman dan macam2 superhero lagi,,,tapi kenal ke dajjal????
http://dajjal.wordpress.com/
Apa kah langkah2 untuk kita persiapkan diri kita supaya tidak dipengaruhi oleh serangan dajjal ini?